top of page
Search

Hang Tuah; Mitos Atau Fakta?

  • Writer: Al-RaZZI A. Mutalib
    Al-RaZZI A. Mutalib
  • Jun 27, 2020
  • 1 min read

Updated: Jan 14, 2022

Terdapat beberapa pandangan pro dan kontra tentang kewujudan Laksamana Hang Tuah.


Namun terdapat 2 buah buku membuktikan akan kesahihan kewujudan beliau.


Adalagi sebenarnya catatan bertulis , objek sejarah dan replika bukti kehadiran beliau di sebahagian negara-negara luar.


Buku tersebu berjodol,"Hang Tuah Catatan Okinawa"



Buku ini dikarang oleh PROF.DR.HASHIM HAJI MUSA dan DR. ROHAIDAH BT. KAMARUDDIN,PHD.


Antara fakta yang diketengahkan dalam tulisan mereka ialah penemuan surat-surat kebesaran menandakan hubungan perdagangan di antara negeri Melaka dan negara Ryuku ketika itu. Bukti yang lain ialah penemuan keris purba kesultanan kebesaran negeri Melaka di Jepun.


Dan dipercayai, karya sastera Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu Lama ada menggambarkan hal tersebut.


Alfonso D'Albuquerque (ketua armada Portugis yg menawan Melaka pada tahun 1511)

ada mencatatkan tentang Hang Tuah (sila klik )



Utube (Forum)




Sebuah buku lain berjodol ,"Hang Tuah Catatan Vijayanagara"



Buku ini memuatkan fakta bahawa Laksamana Hang Tuah ke India atas urusan kerajaan. Di sana beliau diminta untuk menjinakkan seekor kuda; seperti pada gambar di kulit buku itu. Gambar tersebut sebenarnya adalah diambil daripada ukiran sebuah kuil, Jelas menggambarkan tiga individu berdestar/ bertengkolok sedang melayan seekor kuda liar. Destar/ tengkolok adalah pakaian resmi orang melayu ketika itu.


Tugas beliau yang lain di Tanah India ketika itu ialah menyahut cabaran salah seorang pahlawan India.


Semua perkara tersebut dapat dilihat dalam penulisan sejarah Hikayat Hang Tuah, Sulalatus Salatin dan Sejarah Melayu. Bertepatan dengan masa.



Segala pembuktian yang lain akan dibentang pada masa yang lain.






 
 
 

Comments


Join our mailing list

Thanks for submitting!

  • Facebook Black Round
  • Twitter Black Round

© 2023 by Parenting Blog

Proudly created with Wix.com

500 Terry Francois St. San Francisco, CA 94158

info@mysite.com

Tel: 123-456-7890

Fax: 123-456-7890

bottom of page