"Assalamualaikum ustaz,saya nak tanya,agama pertama apa yang muncul dahulu di muka bumi ini, sesetengah orang kata Hindu dan sesetengah pulk Islam,mana satu yg betul."
"Kalau kita bukak Google dia akan bagi list,lepastu kalau tekan kat list tu dia bagi 5 nama,dan nama namanya pulak xde tulis agama islam"
Jawapan
Kebanyakan buku-buku tentang keagamaan dan mungkin sesetengah website terpengaruh dengan idea dan penulisan para orientalis ; Yang memang diketahui sebahagiannya berniat serong terhadap islam dan merendah-rendahkan agama suci itu.
Menurut buku "Ilmu Perbandingan Agama Suatu Pengenalan" tulisan Ghazali bin Basri, agama yang terawal adalah agama tauhid seiring turun-
nya Nabi allah Adam ke bumi.
Lihat carta B; Carta Pertumbuhan Agama di bawah:
Carta B
Huruf A [warna perang] adala era turunnya nabi Allah Adam ke muka bumi iaitu kira-kira tahun 6,000 sm. Kira-kira 200 tahun kemudian huruf B, baru lahirnya agama Hindu. Manakala huruf C pula merupakan garis teras ajaran Tauhid yang bermula seiring penurunan nabi Allah Adam. Manakala huruf D pula, merupakan era kelahiran agama-agama dunia yang lain..Perlu diingati, jelas, mereka tergelincir dari ajaran teras; Agama Tauhid.
Untuk lebih jelas ( Maaf, visual kurang memuaskan), lihat carta C
Carta C
Sebagai umat Islam, kita wajib mempercayai kerasulan nabi Allah Adam sebagai insan yang pertama di muka bumi. Beliau membawa risalah tauhid. Penciptaan nabi Adam dan jin membawa tugas:
Kommentare