Betul ke tak boleh letak gambar berupa manusia dalam rumah
Nanti malaikat tak masuk
J
Para ulama memberikan pandangan yang berbeza mengenai masalah tersebut;
Ada yang menyatakan memang benar. Berdasarkan hadis di bawah.
Namun sebahagian ulama' menetapkan beberapa pengecualian, seperti petikan rencana di atas:
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan binatang.
Gambar;gambar keluarga yang sopan adalah diharuskan:
Hukum menggantung gambar keluarga di rumah adalah harus dengan syarat tiada pendedahan aurat berlaku ketika gambar ditatap oleh tetamu yang bukan mahram.
Gambar yang diambil secara fotografi adalah harus kerana ia bertujuan sebagai kenang-kenangan, bukannya lukisan bertujuan menyamai atau menandingi ciptaan Allah SWT.
Begitu juga, gambar yang digunakan untuk tujuan pendidikan, penyiasatan polis, perundangan, perubatan, fesyen dan sebagainya, yang sopan adalah diharuskan.
Comments