top of page
Search

Masalah Kehadiran Solat Berjemaah Di Masjid

  • Writer: Al-RaZZI A. Mutalib
    Al-RaZZI A. Mutalib
  • Nov 25, 2020
  • 4 min read

Updated: Nov 30, 2020



Nasihat khas utk lelaki yang suka sgt ber solat fardhu dirumah. Mohon pelahan lahan baca sehingga habis...dibwh ini ada kelebihan dan jugak ada amaran ancaman nabi saw....


KHUSUS UNTUK PARA LELAKI WAJIB MAKLUM DAN TERUS MENGAMALKANNYA


_______

🐪 Sudah tahukah KAUM LELAKI bahwa Rasulullah tdk pernah meninggalkan solat berjamaah, sejak solat diwajibkan malam isra mi'raj hingga solat terakhir dalam hidup beliau?


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah solat fardhu sendirian dan selalu berjamaah sampai akhir hayat mereka?


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa diantara mereka ada yg rela walaupun harus membayar orang demi menemani solat berjamaah?


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa ada sebagian ulama yg pernah menangis selama 40 hari krn merasa rugi yg amat mendalam sebab tertinggal satu solat fardhu berjamaah saja?


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa bila anda solat berjamaah maka solat anda dapat dipastikan diterima oleh ā€‹Ų§ŁŽŁ„Ł„Ł‘Ł‡Ł ?


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa khusus utk solat isya dan subuh berjamaah berpahala seperti solat setengah malam dan semalam suntuk?


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa orang yg solat subuh berjamaah, maka dihari itu kehidupannya dibawah perlindungan ā€‹Ų§ŁŽŁ„Ł„Ł‘Ł‡Ł ? Artinya, bila ada orang yg mengusiknya maka dia berurusan langsung dgn ā€‹Ų§ŁŽŁ„Ł„Ł‘Ł‡Ł ?


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa karena begitu beratnya hukum solat berjamaah sehingga dalam madzhab hanafi difatwakan bahwa hukum solat berjamaah adalah wajib?


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa dalam madzhab kita asysyafi'i solat berjamaah hukumnya fardhu kifayah sehingga bila dalam sebuah perkampungan penduduknya, tdk ada yg solat berjamaah, maka sekampung itu, berdosa semua karena meninggalkan berjamaah dan bukan karena meninggalkan solat?


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa syaitan akan berleluasa berkuasa di sebuah perkampungan, bila penghuninya tdk ada yg solat berjamaah?


🐫Tahukah KAUM LELAKI bahwa dalam suatu hadith, Rasulullah SAW sempat mengancam bahkan Rasulullah SAW mengancam kepada orang yg meninggalkan solat berjamaah hingga berkeinginan membakar rumah mereka?


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa sahabat Ibnu Mas'ud RA, pernah mengatakan "kami saksikan saat Nabi Muhammad SAW masih hidup tidak seorangpun, ada yg meninggalkan solat berjamaah kecuali hanya orang2 munafik tulen"?


🐪 Tahukah anda bahwa bila anda menyebar info ini maka anda tdk akan rugi atau menjadi hina, malahan, insya ā€‹Ų§ŁŽŁ„Ł„Ł‘Ł‡Ł akan berpotensi mendapat kebaikan yg tak terhingga? Semoga mendapat hidayah bersama.


Ų¢Ł…ŁŠŁ† يا Ų±ŲØ Ų§Ł„Ų¹Ų§Ł„Ł…ŁŠŁ†. ...


Tolong di share kepada para suami, saudara laki-laki, anak laki-laki, saudara sepupu laki-laki, keponakan laki-laki dan teman kerabat lak-laki.


Semoga Bermanfaat..

BARAKALLAHU Fiikum..šŸ•ŒšŸŒ¹


ASSALAMUALAIKUM USTAZ SAYA NAK TANYA BETUL KE APA YANG DITULIS DIDALAM NI?


Jawapan:


Waalaikum Salam,... InsyaAllah, semuanya betul, namun para ulsmak dan fukahak berkhilaf pndapat tentang hukum beberapa perkara trsebut di waktu kesulitan.


Di zaman dan era kini, di mana trdapat beberapa kesulitan dan komitmen yg lain, para ulamak bersetuju, hukum trsebut trdapat beberspa kelonggaran (rukhsah]


InsyaAllah, akan dihuraikan beberapa fakta spt di bawah...



🐪 Sudah tahukah KAUM LELAKI bahwa Rasulullah tdk pernah meninggalkan solat berjamaah, sejak solat diwajibkan malam isra mi'raj hingga solat terakhir dalam hidup beliau?


J:

Sebenarnya, rasulullah tinggal di dalam masjid.



🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah solat fardhu sendirian dan selalu berjamaah sampai akhir hayat mereka?


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa diantara mereka ada yg rela walaupun harus membayar orang demi menemani solat berjamaah?


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa ada sebagian ulama yg pernah menangis selama 40 hari krn merasa rugi yg amat mendalam sebab tertinggal satu solat fardhu berjamaah saja?


J:

Kenyataan ini terlalu umum, kemungkinan sebahagiannya mampu, yang lain mungkin tidak mampu kerana kekangan masa, pekerjaan, dan komitmen yang lain. Mungkin juga terdapat keuzuran.


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa bila anda solat berjamaah maka solat anda dapat dipastikan diterima oleh ā€‹Ų§ŁŽŁ„Ł„Ł‘Ł‡Ł ?


J:

Kenyataan ini tidak begitu tepat. Berjemaah tidak menjamin diterima oleh Allah sekiranya keadaan solatnya tidak sempurna, ikhlas dan sebagainya.


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa karena begitu beratnya hukum solat berjamaah sehingga dalam madzhab hanafi difatwakan bahwa hukum solat berjamaah adalah wajib?


J:

Kita tidak boleh menyandarkan pendapat satu mazhab sahaja; Terdapat pendapat dalam pelbagai mazhab dan pandangan;


Terdapat beberapa pendapat ulama’ mengenai hukum solat berjamaah:

1. Sunat mu’akkad – Mazhab Hanafi dan Maliki. 2. Fardu ain/wajib (bukan syarat sah solat) – Ulama’ Hanbali. 3. Fardu kifayah – Pendapat mazhab Syafi’i.


**Fardhu Kifayah bermaksud, apabila sebahagian telah menunaikan amalan tersebut, maka yang lain terlepas dari kewajipan tersebut.



Pendapat lain tentang hukum solat berjemaah:



🐫Tahukah KAUM LELAKI bahwa dalam suatu hadith, Rasulullah SAW sempat mengancam bahkan Rasulullah SAW mengancam kepada orang yg meninggalkan solat berjamaah hingga berkeinginan membakar rumah mereka?


🐪 Tahukah KAUM LELAKI bahwa sahabat Ibnu Mas'ud RA, pernah mengatakan "kami saksikan saat Nabi Muhammad SAW masih hidup tidak seorangpun, ada yg meninggalkan solat berjamaah kecuali hanya orang2 munafik tulen"?


J:


Kenyataan tersebut tidak relevan di dalam keadaan sekarang. Pendudukan kota-kota besar kini tidaklah sama seperti keadaan beberapa abad yang lalu. Penduduk kota moden kini menghadapi masalah kesesakan, cuaca tak menentu, komitmen pekerjaan yang tinggi dan seribu masalah yang lain, berbeza dengan keadaan tradisional di abad yang lalu.


Kesimpulannya, memandangkan kita menghadapi permasalahan berbeza dari segi keadaan persekitaran, komitmen pekerjaan dan kemasyarakatan, masa yang terhad, cuaca, kesesakan lalulintas dan sebagainya, maka hukum yang begitu keras seperti yang di atas adalah tidak memungkinkan kelestariannya.


Allah juga mengetahu keadaan kelemahan dan kekurangan hambanya. Mungkin mereka ditimpa bala bencana, keuzuran, sakit, wabak bahaya dan sebagainya. Lalu Allah menganugerahkan rukhsah [keringanan] di dalam perlaksanaah ibadah.


Contoh Beberapa Amalan Rukhsah



"Apabila berlaku kesukaran kepada mereka yang berkemampuan untuk melaksanakan arahannya, maka disediakan rukhsah atau kemudahan kepadanya. Ketika itu mereka yang berkemampuan atau mukallaf diberi pilihan samada beramal dengan kemudahan yang diberi iaitu rukhsah atau berpegang dengan arahan asal iaitu azimah. Pemilihan tersebut wajib dilakukan di atas dasar menyempurnakan arahan Islam bukannya berpandukan selera nafsu semata-mata.


Pengertian Rukhsah Dan Azimah

Rukhsah ialah keizinan syarak kepada mukallaf melakukan amalan yang berlainan dari arahan asal disebabkan timbulnya kesukaran. Dikehendaki dengan kesukaran di sini ialah perkara-perkara yang kebiasaannya membawa kepada kesukaran seperti safar pada kebiasaannya membawa kepada kesukaran."



Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat diulaskan mengenai hukuman kewajipan yang berbeza situasinya pada masa dahulu dan kini...


Wallahu Aklam.








Ā 
Ā 
Ā 

Recent Posts

See All
Waktu Solat Taubat

Ustaz kalau nak solat taubat..pukul brapa boleh buat Kalau buat kul 5 pagi boleh tak Jawapan Tiada masa ditetapkan, cuma cari masa sesuai

Ā 
Ā 
Ā 
Allah Mengetahui Keupayaan Kita

Ustaz..last...saya nak Tanya kalau Kita baca ayat kursi salah..diterima ke Dan boleh ke Kita lepas solat..Kita bukak Fon sebab nak tengok...

Ā 
Ā 
Ā 
Solat Kita Sah??

Kita nak solat....macam mane Kita nak tahu solat tu sah atau tak Jawapan: Cukup rukun dan syarat,.. Macsmanapun, Allah lbh mengetahui..

Ā 
Ā 
Ā 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2020 by My Site. Proudly created with Wix.com

bottom of page